About Me

My photo
::.Im not perfect, I know that. I make mistakes, I know I do.But I always try my best to do it the best for you.

Sunday, February 03, 2013

Asam Garam Kehidupan


 Assalamualaikum :)
buat apa tu ? boleh plak tanya macam tu kan. Bila ada idea nak menaip ni, keluarkan lah semua isi dalam kepala otak aku ni . sebenarnya aku pun bukannya pandai sangat nak menulis bagai , apa yang terlintas tu tulis laa daripada dia duduk dalam otak ni tak keluar2 kaannn ? tajuk entry aku kali ni 'asam garam kehidupan ' nak tahu macam mana aku boleh dapat tajuk entry tu? entahlah aku pun tak tahu? (bangang tak aku ni) hahaha. apa apa je laa. ok, kita start, asam garam , asam tu masam kan? dah nama pun asam mestilah masam , hahaha . ok garam tu apa? kalau korang semua tak tahu garam aku pun tak tahu nak cakap apa?entah entah korang ni dari pelusuk dunia mana entah,aku pun tak tahu. Asam kalau dicampurkan dengan garam apa rasanya? nak tahu ? pergilah try sendiri . aku pun tak pernah rasa. hehe. jangan mara ehhhh :P 

Setiap detik yang kita lalui dalam kehidupan ni ,semuanya ada berbagai-bagai rasa kan? aku jugak macam tu , bagi aku semua tu dah biasa bagi kita semua, sebab masing masing dah pernah lalui kepahitan, kegembiraan dalam life sendiri. Jadi apa yang dah jadi tu semua kita jadikan pengajaran bagi kita semua. Kadang kala memang susah kita nak lalui detik kehidupan ni, tapi nak buat macam mana? kita kena jugak tempuh semua tu? bukan orang yang biasa macam kita je yang telah lalui asam garam kehidupan ni , ramai orang orang ternama kat luar sana jugak pernah alaminya. sebagai contoh DATUK LEE CHONG WEI , takkan lah beliau lahir lahir terus jadi pemain badminton terhandal kan? banyak proses yang telah beliau lalui selama kehidupan nya di dunia ini. Aku pernah baca buku komik DATUK LEE CHONG WEI, dalam buku komik tu, diceritakan kisah kisah sebelum beliau jadi pemain badminton terhandal. Banyak dugaan yang beliau pernah laluinya , contohnya beliau pernah kena sindir dengan budak budak kampung kerana beliau tidak tahu bermain badminton. Hah, DATUK LEE CHONG WEI  pun belajar bagaimana nak jadi pemain terhandal dalam badminton, dengan usaha beliau akhirnya beliau berjaya mengharumkan nama MALAYSIA. jadinya, dalam kehidupan ni kita kena banyak bersabar dan tidak pernah berputus asa untuk mencapai kejayaan , kalau kita takde sifat sabar macam mana lah kita nak berjaya kelak? cuba fikir fikir balik . renungkan setiap kegagalan kita dan fikir balik apa yang patut kita buat untuk berjaya? kalau semua penduduk MALAYSIA macam ni,takdelah orang yang berfikiran kolot. 

Jangan jadikan kegagalan sesuatu benda yang boleh buat kita putus asa. thing positive:) bukannya nak gagal dan terus gagal . Tapi tak dinafikan ada jugak orang macam ni, mengalah dalam kehidupan, layak ke kita semua dipanggil manusia kalau macam tu? Manusia yang sentiasa berusaha dan gigih dalam apa jua cabaran yang mendatang adalah manusia yang kuat dan sentiasa mempunyai fikiran yang positif untuk berjaya . Manusia macam ni lah yang kita perlukan dalam hidup ni.

what i can say, teruskan  perjuangan dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Insyaallah , jika kita ada usaha dan diserta dengan doa , pasti kita semua success .okayy lah aku rasa aku nak kena chow dulu ni, sebab aku taknak lepas ni puan harimau mengaum dalam bilik aku ni ( faham-faham je lah eh )

p/s: agak agak lepas ni boleh berubah tak?

No comments:

Post a Comment