About Me

My photo
::.Im not perfect, I know that. I make mistakes, I know I do.But I always try my best to do it the best for you.

Friday, February 22, 2013

kenangan

Assalamualaikum,

' nanti kau jangan lupakan kitaorang tau' pesan mereka . Hari itu adalah hari terakhir aku di sekolah menengah tinggi perempuan melaka( stpm).Aku tak tahu kenapa aku tak boleh nangis, musykil betul, selalunya kalau aku tengok orang nangis aku akan nangis, tapi kenapa hari itu pelik? walaupun aku tak nangis, tapi dalam hati aku betapa berat nya nak tinggalkan sekolah, kawan kawan , ckg, dan segala - galanya. Walaupun aku ni bukan jenis yang pandai sangat, tapi aku sangat hargai sekolah tu, situlah tempat aku menuntut ilmu selama tiga tahun 1 bulan. Susah senang aku semuanya kat sana, air mata aku yang pernah tumpah di sekolah stpm, kegembiraan aku di sana, kebencian aku di sana, semua sahabat sahabat aku, cikgu cikgu aku, pengetua, dan semua yang aku pernah jumpa semasa di stpm. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk pindah, dua tahun sahaja, dan selepas spm , insyaallah aku nak melanjutkan pelajaran ke peringkat ke yang lebih tinggi. ' insyaallah aku takkan lupa kat korang' kataku seakan sebak, tapi aku tahan, aku tak nak nangis depan mereka. bagi aku cukuplah sekadar aku senyum, walaupun ada yang mengatakan aku happy sebb nak pindah, tapi itu hanya sangkaan orang, orang lain tak pernah tahu apa yang ada dalam isi hati aku. orang cume pandai membuat sangkaan. ' jangan lupakan semua kenangan yang pernah ada kat stpm ni, kayy.' kata mereka. Ramai yang tak tahu aku pindah? buat apa aku nak bagi tahu kan? apa dorang kesah kan? aku bukan nya orang famous kan? tapi apapun aku takkan lupakan semua kenangan yang ada kat stpm, yang gembira aku bawak, dan kesedihan aku tinggalkan. Dan sekrang bermula kisah aku di sekolah baru, nak tahu apa jadi? nak tahu macam mana aku kat sana? nak tahu semuanya? aku akan cerita sedikit demi sedikit, untuk tatapan orang yang aku sayangi, i miss you all <3

No comments:

Post a Comment