Assalamualaikum
hai semua , apa kabar ? aku harap korang semua sihat sihat :D . Dah lama aku tak menulis , rasa rindu pulak dekat blog aku ni . hehe. busy? hah, jangan cakaplah , macam macam benda aku kena buat kerja sekolahlah, khursus lah, tusyen lah, nak nak minggu ni tengah exam , MID YEAR EXAM tau , haha. boleh pulak nak on9 kan? takpelah sekejap je, jap agi aku tutup okay? .
camna nk luahkan kat seorang lelaki bila kita suka & sayang kat dia takut2 dia tak terima kecewa rasanya takut plak ati tak dapat menerima hakikatnya…????
ni aku nak cerita ni , tadi aku tengah tengok youtube, tetiba ada satu description keluar, tajuk dia " CARA MELUAHKAN SAYANG KEPADA SEORANG LELAKI " aku rasa tertarik dengan tajuk tu, kebetulan perasaan itu yang aku rasa sekarang, sebab aku pun macam tu jugak ! aku pun click lah dekat situ http://zoncinta.com/cara-meluahkan-sayang-pada-seorang-lelaki/ kalau korang rasa tak puas hati click lah dekat link yang aku beri tu yaa. aku bacalah entry tu, tentang luahan hati perempuan yang mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki yang dia sayang.
Bila aku dah baca entry tu, aku rasa macam ada keberanian sedikit, aku ada suka dekat someone ni , budak sekolah aku, aku tak jangka yang perasaan aku terhadap sangat mendalam, hampir setiap hari aku asyik fikir pasal dia, dialah orang yang buat aku jatuh cinta kali ke 2. sebelum ni , aku bercinta , tapi tak sehebat perasaan aku dengan dia . Bila kat sekolah , aku asyik nak tengok muka dia je, tak tahu kenapa. Dia? hmm , dia orang yang biasa je, tak sehensem mana pun, tapi entahlah aku tak tahu , ada satu tarikan pada dia, yang buat aku jatuh sayang kat dia. Aku ada bagitahu kawan aku ni, kawan aku ni satu kelas dengan dia, kawan aku suruh aku luahkan, tapi aku malu, takkan lah perempuan nak luahkan perasaan kat seorang lelaki kan ? macam perigi cari timba pulak. Tapi nak tahu tak kawan aku buat kerja gila, dia pergi cakap aku kirim salam dekat, start from tu, dia asyik tanya kawan aku pasal aku. adakah aku tidak berasa malu?? tapi dia tak cakap siapa identiti aku , cume dia bagi hint je, si dia kena cari sendiri . kau tahu tak? punyalah aku mengelak ,dah lah kelas dia sebelah kelas aku je, setiap kali aku lalu depan kelas dia, aku takkan pandang kelas dia, sebab ? kau tahu sendirilahhhh. akhirnya dia tahu siapa aku, dan aku tak dpt mengelak lagi, sejak itu, aku buat tak tahu je, sebab dia mcm takde respon apa apa, so aku pun diam jela. takkanlah aku nak desak dia kan? itu bukan cara aku. aku takkan paksa orang untuk suka aku. sebab aku sedar diri aku siapa. takkanlah orang macam aku dia akan pilihkan? tapi apabila aku mengelak untuk bertembung dengan dia, masa itu jugak aku bertembung dengan dia, pergi mana mana je , nampak dia . kau tak rasa sakit ke? aku rasa sakit tapi aku hanya biar je perasaan itu, aku dah malas nak fikir apa.
Tapi cerita aku tak habis lagi tau, sejak akhir akhir ni, dia macam bagi respon , tapi aku tak tahu respon itu baik ataupun tidak , apapun aku takkan mengharap apa apa pun dari dia. Biarlah hanya hati ini yang tahu, betapa aku sayang dekat dia. Biarlah perasaan ini tidak berbalas, aku tak kisah , sebab aku dah biasa rasa sakit . aku teringat kaka sedara aku cakap "nak cari pasangan , cari pasangan yang sayangkan kita ,bukan kita yang sayangkan dia " . aku pun ada terfikir jugak , kalau kita sahaja yang sayangkan dia , sedangkan dia tak sayangkan kita nak buat apa kan? Anyway , thanks sebab sudi baca luahan hati aku okay .
p/s: perempuan yang kuat takkan cepat mengalah dengan perasaan dia, walau apa pun yang terjadi , dia a kan tetap jadi seorang yang kuat dan berani di depan orang yang dia sayang , biarpun hati dia terluka , asalkan orang yang dia sayang itu bahagia.

jangan dipendam wani XD nanti merana macam aku --'
ReplyDelete