About Me

My photo
::.Im not perfect, I know that. I make mistakes, I know I do.But I always try my best to do it the best for you.

Friday, February 22, 2013

kenangan

Assalamualaikum,

' nanti kau jangan lupakan kitaorang tau' pesan mereka . Hari itu adalah hari terakhir aku di sekolah menengah tinggi perempuan melaka( stpm).Aku tak tahu kenapa aku tak boleh nangis, musykil betul, selalunya kalau aku tengok orang nangis aku akan nangis, tapi kenapa hari itu pelik? walaupun aku tak nangis, tapi dalam hati aku betapa berat nya nak tinggalkan sekolah, kawan kawan , ckg, dan segala - galanya. Walaupun aku ni bukan jenis yang pandai sangat, tapi aku sangat hargai sekolah tu, situlah tempat aku menuntut ilmu selama tiga tahun 1 bulan. Susah senang aku semuanya kat sana, air mata aku yang pernah tumpah di sekolah stpm, kegembiraan aku di sana, kebencian aku di sana, semua sahabat sahabat aku, cikgu cikgu aku, pengetua, dan semua yang aku pernah jumpa semasa di stpm. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk pindah, dua tahun sahaja, dan selepas spm , insyaallah aku nak melanjutkan pelajaran ke peringkat ke yang lebih tinggi. ' insyaallah aku takkan lupa kat korang' kataku seakan sebak, tapi aku tahan, aku tak nak nangis depan mereka. bagi aku cukuplah sekadar aku senyum, walaupun ada yang mengatakan aku happy sebb nak pindah, tapi itu hanya sangkaan orang, orang lain tak pernah tahu apa yang ada dalam isi hati aku. orang cume pandai membuat sangkaan. ' jangan lupakan semua kenangan yang pernah ada kat stpm ni, kayy.' kata mereka. Ramai yang tak tahu aku pindah? buat apa aku nak bagi tahu kan? apa dorang kesah kan? aku bukan nya orang famous kan? tapi apapun aku takkan lupakan semua kenangan yang ada kat stpm, yang gembira aku bawak, dan kesedihan aku tinggalkan. Dan sekrang bermula kisah aku di sekolah baru, nak tahu apa jadi? nak tahu macam mana aku kat sana? nak tahu semuanya? aku akan cerita sedikit demi sedikit, untuk tatapan orang yang aku sayangi, i miss you all <3

Sunday, February 17, 2013

hangout with nurul

assalamualaikum:)
holla holla holla :) hari ni adalah hari ahad yang paling tak best bagi aku, kerana dah syok2 cuti seminggu alih alih kena sekolah, arghhh, malasnya.tapi nak buat macam mana kan kenalah sekolah jugak seperti yang telah ditetapkan. aku rasa macam nak buat sekolah sendiri je, senang ! suka suka aku nak datang ke tak? haha sewel tak aku?whatever .

actually aku nak story pasal semalam , hangout with nurul :) yepyy, best gilee.. dapat release tension sekejap. nak tahu , kitaorang dua orang dalam bilik karoke tu, dah macam sepuluh orang pulak. aku dengan nurul macam orang gile dahh dalam tu. so far aku rasa aku puas sangat. selama dua jap aku memekik dalam bilik tu!! lepas tu kitaorang pergi tengok wayang cerita 
Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit  , boleh tahan jugaklah cerita dia, tak berapa nak seram sangat, kelakar gile. naseb baik tak terkencing dalam seluar . hahaha. tapi ada satu benda yang menyeramkan aku adalah kerusi aku dengan nurul bergoyang , tapi yang memelikkan aku lagi, sit belakang kitaorang takde orang, selang dua baris baru ada orang kat belakang kat tempat duduk panggung tu. mule2 aku rasa macam ada orang gegar kerusi aku, then aku tanye nurul ' weyy, kau ada gegar kerusi aku ke?' pastu dia kata takde. tapi aku tengok nurul macam menggigil kesejukan, aku ingat efect daripada kegigilan dia. pastu aku pun buat tak tahu jelah, layan je lah cerita tu, lepas tu dah takde apa dah, cume masa wayang dah habis, aku rasa lagi sekali gegaran tu. tapi aku buat 2 tak tahu je. then nurul balik umah aku, tetiba dia cakap dengan aku" weyy, tadi kan sebenarnya aku pun rasa kerusi aku bergoyang!" terkejut aku! cuak gila masa tu. the question is = siapa yang goyangkan tu? (aku cerita ni pun, aku dah rasa lain macam tahu tak?) hmm, apapun lepas ni aku nak duduk dekat tempat yg dikelilingi orang. hahaha. tapi satu lagi yang tak syok sebelum nak pergi tengok wayang, kitaorang kena tahan dengan abang wayang tuuu =( aduhh, malunyaaa. nak tahu sebab apa? sebab kitaorang bawak air cool blog. aduhh aku pulak lupa yang kat situ hanya boleh bawak masuk air dari situ sahaja. nak buat macam mana kan? sepatutnya kitaorang sorok dlm beg. hmm, dah lah air tu belum cucuk lagi, belum sempat minum lagi tau tekak ni pun belum sempat merasa lepas dah memekik tadi.hmm, nak wat macam mana , benda dah jadi. biarkan je lah, jadinya air cool blog kitaorang tu diletakkan di dalam locker nombor 11. hahahaha.

lepas dah pergi tengok wayang ,kitaorang gi makan dekat hutan . hahaha. aku un tak tahu nama restoran tu, kalau korang pernah pergi jj baru, ada satu restoran yang gelap tu. hah kat situ lah kitaorang makan. boleh tahan lah makanan kat situ. sampai perut dah tak boleh masuk dahh. lepas makan, kitaorang jejalan kat garden and pusing pusing cuci mata kat jj tuu.. apapun aku happy dapat hang dengan nurul,walaupun yang lain tu, tak boleh keluar kan? tak cukup bajet lah, mak tak kasi lah, sakit tekak lah, kat shopping la, hah amik kau, satu persatu alasan korang aku keluarkan . hebat tak? hehehe. k lah , esok nak sekolah so, kenalah tidur awal, kalau tidak memang aku akan stay up sampai pukul 3 pagi pun boleh pasal nak menghadap benda ni. haha
layan je lah pic kat bawah ni :)
|
|
|
|
|














p/s: memekik punya pasal, balik rumah dah sakit tekak =( 

Thursday, February 14, 2013

HAPPY BIRTHDAY ABAH

assalamualaikum
kebabooooommm, bunyi mercun buatan aku, hahahaha. apalah jadi kalau aku betul betul buat mercun sendiri . haha. hangus rumah aku rasanya. entry aku yang kedua hari pasal my dad =) hari ni happy birthday dia, yang ke 44 kott, huhu . ayah sendiri pun tak tahu, tapi aku rasa betullah 44 , hmmm apapun dah tua dahhh, rambut pun dah banyak uban, huhuhu. 

hah, ni cite skit pasal abah aku, dia ni jenis orang yang susah nak ambil gambar, aku rasa kan , gambar di snap boleh kira berapa gamabar yang dia senyum macam kat atas tuu, gambr aku rasalh yang paling ikhlas dan oke lah bagi aku kalau dia senyum. huhu bukan apa orang lelaki susah nak amik gambar , lagi lagi kalau dah berumur , hmm . abah aku jenis orang yang pendiam dan tak bnyak cakap. tapi sekali dia dah bukq mulut, aku pun tak sanggup nak dengar. hahaha sebb aku dah biase dengar dia senyap. hehe. ada masa dia ni suka buat lawak gan family, terutamanya aku, selalu dia cuit pinggang aku kalau dia trun dari bilik dan time tu pulak aku tengah makan nak tahu ayat dia macam mana ? 'kau ni kak, kalau abah turun je , kau makan, abah turun kau tengah makan, ' hah, lebih kurang macam nilah ayat dia. tapi ayat ni lah yang boleh buat aku tersenyum :) 

but one more thing ,kalau bab nak buat keputusan memang slow, lambat lambat lambat , kura kura pun lagi cepat. hmm, walau macam manapun , aku tetap sayang abah aku sampai bila bila. sempena hari jadi ni, akak nak ucapkan selamat hari jadi ABAH.... ilv you so much <3 jangan tension-tension sangat bila kat tempat kerja. rambut pun dah banyak putih, kalau lagi tension lagi banyak putihnya . hahaha semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. aminn..

p/s: kalau nak hadiah tunggu akak dah kerja nanti. hehehe :) sayang abah selamanya .

Selamat Tinggal

         Assalamualaikum
apa kabar korang semua? sihat tak? cuti raya cina macam mana ? best ? aduh banyak pulak aku tanya kan, tu lah , orang tak tahu yang sebenarnya aku ni banyak cakap tapi ramai orang tak tahu . kenapa? sebab aku hanya akan banyak bercakap dan membebel bila dengan orang yang rapat sahaja, kalau orang yang aku baru kenal or tak kenal jangan harap lah korang dah dengar suara aku ni. haha. apaapa je lah asal aku bahagia kann. actually dah lama aku nak tulis pasal ni, tapi rasa macam malas pulak. huhu

nak tahu kenapa tajuk entry aku 'SELAMAT TINGGAL' sebab aku dah pindah sekolah. hmmm, dari sekolah SEKOLAH MENENGAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA singkatannya( stpm) ke SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BUKIT PIATU for short aku tak tahu, haha. dah nama pun sekolah baru kan, mestilah banyak benda tak tahu. dulu aku sekolah yang ada nama kluster, tapi sekarang tak , tapi apa ada pada kluster , kalau budak sekolah tu sendiri tak berusaha nak ke arah kecemerlangan. sekolah stpm memang sekolah yang bagus sebab tu budak budak ramai nak masuk sana, hmm, dah 3 tahun aku sekolah sane, jadi aku dah terbiase dengan suasana kat sane, dah nama pun sekolah perempuan kan, mestilah best kan? mula2 aku masuk sekolah tu, serius aku mmg tak berapa nak suka, tapi dah lama lama, aku rasa best pulak, hehe peace! mana taknya kat sekolah tu lah aku kenal apa itu erti keperempuanan yang sebenar, hehe. gila tak ayat aku? kat situ jugak aku belajar macam mana nak cemerlang , dan akhirnya aku dapat hasilnya dalam PMR 2012, dengan bangkit turun aku, gagal dalam peperiksaan , tapi aku tetap mencuba dengan sehabis baik, thanks for all my teacher :) i miss you , terutamanya cikgu ASLINA ckg mathematic aku masa form 2, nak tahu kenapa aku sayang sangat kat dia, sebab dialah aku cemerlang dalam mata pelajaran mathematic. kalau aku tak faham semuanya dia tolong aku sampai aku faham, sejak dia masuk kelas dan jadi guru kelas aku masa form 2, aku tertarik dengan mathematic, sejak dia ajar math aku mula kenal apa itu math, kalau nak tahu masa form 1 aku paling benci math, entahlah aku un tak tahu kenapa, sebab tu masa form 1 , aku langsung tak cemerlang dalam mata pelajaran math. lepas dah naik form2 aku cover balik yang masa form1 pelajaran dan sikit sedikit markah math aku semakin meningkat dan tanpa dijangka2 , masa keputusan PMR keluar aku dapat A for mathematic, ckg aslina peluk aku masa aku tunjuk slip keputusan aku. sayang cikgu selamanya <3

Lama pulak meluahkan perasaan pasal ckg kesayangan aku, hehe , lupa pulak pasal sahabat 2 aku yang lima orang ni . jangan risau tau , korang tetap sahabat aku selamanya.

nurul :
NURUL BT JAMIAN. nama yang pendek dan senang nak ingat , sampai num dia pun aku ingat tahu tapi yang lain sori aku tak igt, walaupun korang ingat num aku . hehe . nurul , nak cakap macam mana .hmm , aku mula rapat dengan dia start form2 , walaupun masa form 1 aku satu kelas dengan dia, tapi langsung tak rapat, n then masa f2 , aku mula rapat dengan dia, sebab num dia je lah yg ada dlm phone aku . jadi untuk aku taknak duduk sorang2 kat kels bila naik f2 dan disebabkan tu aku cakap gan dia suruh dia duduk dengan aku, hehe jahat tak aku? jangan marah eh, so sejak tu aku rapat dengan dia dan aku mula kenal macam mana perangai dia, apa dia suka, apa dia tak suka. aku suka berkawan dengan dia cause dia ni jenis gamble, selamba jee. dan dia seorang yang berseni tau? semua lukisan dan corak yang dia buat semua lawa . aku suka dia buatkan corak 2 kat buku aku, sampai nama kat buku tulis f2 pun aku sowoh dia tulis , hehe. dan lagi satu dia ni pandai membuat cerpenke novel ke, tau tak? dia ada buat novel pasal kitaorang , macam2 dia tulis, lagi2 kalau masa sej , report kat ckg. haha.apapun aku rindu kat kau nurul, aku rindu nak borak-borak dengan kau, gelak-gelak. semuanya aku rindu pasal kau . hope kau tak lupa aku kayy , jangan nakal -nakal tau.
p/s: kalau dah ada bf yang betul-betul nanti bagi tahu aku tauuu :P

wardah:
nama sebenar dia, NURUL WARDAH NAFIDA AUNI hah panjang tak? aku selalu ejek dia " eh wardah, nanti kalau suami kau nak angkat nikah, macam mana lah dia nak sebut nama kau yang panjang berjela tuuhh" haha. wardah.wardah.wardah . i miss you . aku rindu nak gelak gelak macam orang gila dengan kau! aku rindu nak buat semua benda dengan kauuuu :( hah nak cite skt lah pasal dia ni, dia ni masa aku kenal dia mse f1 , ya allah punya lah sombong nak mampus,  pandang aku pun taknak , padahal aku duduk belakang dia je kot. nak tahu sebab apa dia macam tu? sebab dia tak nak duduk asrama, lepas 2 bulan kot, dia keluar asrama, terus jadi happy . hehe. kalau tidak muka dia ketat je , macam baju yang ketat tuuu ? kalau korang hantu tengok pun takut aku rasa. apa pun sekarang kita dua dah jadi kawan baik :) lagi satu pasal dia, dia ni suka sangat cite pasal keluarga dia, sepupu sepapat dia, dengan moyang2 dia pun dia cite. haha jangan marah ehh cik wardah. nanti cepat tuaa, tak de orang nak padan muka :P
p/s: kau jangan nakal nakal dengan lelaki sangat, terutama nya orang tuuuuu 

yana:
nak tahu kenapa nama dia aku calour warna merah cause perangai dia ni baran dan cepat panas, kalau cakap benda yang dia tak berapa nak suka, hah mula lah dia punya merajuk dan marah dia tuuu :P nama dia sebenar HASLIANA BT HUSSIN . anak pakcik hussin tu, alah yang penyanyi tu.arghhh i miss you anak pakcik hussin. hahaha. dia ni aku kenal dia masa f2, mse f1 dia sekolah situ, tapi masa aku msuk dia dah pindah sekolah, so aku tak pernah kenal dia masa f1 , f2 dia masuk sekolah stpm, dah satu kelas dengan kami. mula2 macam malu 2 lepas dah kenal, macam orang gila rasenya . hahaha. serius aku cakap aku seronok dapat kenal dengan kau, walaupun aku ni selalu jadi tempat kau melepaskan marah kann, takpe aku redha. hehe cehh cehh, siap redha bagai. huhu. ye lah , kalau kau api, takkan aku nak jadi api kan, aku kenalah jadi air untuk menyejukkan kau . hehe. aku selalu pujuk dia, suruh jangan jadi pemarah sgt, tapi sekjp je. lpas tu jadi balik. tapelah mabye masa tu kau tension kot. and aku jugak cakap thenks kat kau sebb tunjukkan hala tuju untuk aku tusyen kat tc AD . aku suka sangat. papepun aku takde ni, jangan marah marah selalu, jadilah manusia yang selalu dengan senyuman, macam aku :) hihihikssss. aduhhhh merapu pulak aku ni kan. sorry kay kalau aku ada buat salah gan kau, im sorry. jadi amir maharajalawak sekjap. haha,aku rindu nak borak2 gan kau, gelak2 gan kau macam orang gila masa kat MAQ. sampai orang tegur,, adushhhhhh malunya... 
p/s: kau jangan marah marah sangat , nantu jadi neneks  cepatttt :P

intan:
nama dia INTAN NUR ERMIZAH , nama dia pun ckit lebih kurang panjang jugakk, dia ni aku tak tahu lah nak cakap macam mana ehh, hmm. starting aku kenal dia masa f3 , f2 dah kenal, tapi tak rapat. jangan tanya aku kenapa? sebab aku pun tak tahu, tahu tahu masa f3 aku dah rapat dengan dia. ajaibkan. hehe. btw, dia ni jenis yang tak banyak cakap, dia ni sporting , tapi sombong sedikt dengan orang yang kurang dikenalinya. tapi bila dah membebel, hmmm, sampai esok pagi pun tak habis . aku happy dapat kawan dengan dia, intan lepas ni tak dpat nak membebel bebel dengan kau lagi. huaaaaahhh :( takpe takpe, aku harap kau akan ingat aku sampai bila bila kayy :) i miss you intan . nanti jangan lupa main sms sms tau, jangan sombong gan aku . hihikss. naseblah kau dapat kawan -kwan dengan kitaorang ni, yang macam orang gila kalau gelak. 
p/s: jaga wardah baik baik. hahahahaha sygggg kamoooo
sab:
sab for short, nama dia NUR SABRINA BT ANAS, tapi aku selalu panggil dia berkkk,, haha jngan marah hee.dia ni aku rapat mase f2 ,satu group gan kami jugakkk, btw dia lah antara orang yang kecik lah dalam kalangan kami , hahaha. . takpe takpe kecik kecik cili padi. comel tauuu. hahaha. dia ni penyedih sikit orangnya, sensitif dengan orang sekeliling and cepat hilang mood baik, sat lagi kang muka muramm jee. kenalah beri dia semangat . hahaha supaya jangan sedihh sedih sgt.  ni aku dah takde ni, kau tau mau sedyhh tau, aku syg kau tau :) semoga kau igt aku dlm hati kau, walaupun kita kurang rapat masa form3 , tapi aku tak lupa kau kawan, jangan asyik nak gaduh je dengan bf kau tu, dengan kakak angkat kau tu, jangan nak ingat diorang jee, ingat pelajaran lagi baik kayy.walaupun kau tak berapa cemerlang dlm PMR  try your best for SPM kayy. aku akan sentiasa sokong kau. alah lagipun bukannya jauh pun , kau boleh jumpa aku sebab umah nenek kau kan depan taman aku jee. kalau kau balek mentionlah , nanti kita boleh jumpe jumpe. hehehe.
p/s: be a brave woman, dont be a sad women :)


aduhhhh, banyaknya taip penat lah tangan aku :( hmmm, takpelah hari ni aku ada masa , laen hari tah bilalah aku nak post entry baru tahhh . and tak lupa jugak for all my friend, my kembar nama( aina wani) walaupun kecik tapi kuat tuuuu, aku sayang kau kembar, azlila, damia(my new friend) , syakirah( suka sangat ejek aku), lya( dah pindahh daaahh, entah apa kabar berita), to 2k4, 3k2 and lastly 4tv1 kelas yang baru bagi aku untuk tahun ni, i miss you all . sayang korang semua selama ===)) salam sayang dari waniazami

p/s: persahabatan takkan pernah terputus , jika kita jaga dan semai baik baik, adatlah kalau gaduh gaduh manja ke , gaduh besar ke? mesti akan berbaik, tak payah risau sangat. kerana kalau kita sentiasa ingat sahabat kita dalam fikiran kita, kita akan selalu rasa dekat dengan dia, walaupun kita sedang berada jauh dari mereka.

Sunday, February 03, 2013

Asam Garam Kehidupan


 Assalamualaikum :)
buat apa tu ? boleh plak tanya macam tu kan. Bila ada idea nak menaip ni, keluarkan lah semua isi dalam kepala otak aku ni . sebenarnya aku pun bukannya pandai sangat nak menulis bagai , apa yang terlintas tu tulis laa daripada dia duduk dalam otak ni tak keluar2 kaannn ? tajuk entry aku kali ni 'asam garam kehidupan ' nak tahu macam mana aku boleh dapat tajuk entry tu? entahlah aku pun tak tahu? (bangang tak aku ni) hahaha. apa apa je laa. ok, kita start, asam garam , asam tu masam kan? dah nama pun asam mestilah masam , hahaha . ok garam tu apa? kalau korang semua tak tahu garam aku pun tak tahu nak cakap apa?entah entah korang ni dari pelusuk dunia mana entah,aku pun tak tahu. Asam kalau dicampurkan dengan garam apa rasanya? nak tahu ? pergilah try sendiri . aku pun tak pernah rasa. hehe. jangan mara ehhhh :P 

Setiap detik yang kita lalui dalam kehidupan ni ,semuanya ada berbagai-bagai rasa kan? aku jugak macam tu , bagi aku semua tu dah biasa bagi kita semua, sebab masing masing dah pernah lalui kepahitan, kegembiraan dalam life sendiri. Jadi apa yang dah jadi tu semua kita jadikan pengajaran bagi kita semua. Kadang kala memang susah kita nak lalui detik kehidupan ni, tapi nak buat macam mana? kita kena jugak tempuh semua tu? bukan orang yang biasa macam kita je yang telah lalui asam garam kehidupan ni , ramai orang orang ternama kat luar sana jugak pernah alaminya. sebagai contoh DATUK LEE CHONG WEI , takkan lah beliau lahir lahir terus jadi pemain badminton terhandal kan? banyak proses yang telah beliau lalui selama kehidupan nya di dunia ini. Aku pernah baca buku komik DATUK LEE CHONG WEI, dalam buku komik tu, diceritakan kisah kisah sebelum beliau jadi pemain badminton terhandal. Banyak dugaan yang beliau pernah laluinya , contohnya beliau pernah kena sindir dengan budak budak kampung kerana beliau tidak tahu bermain badminton. Hah, DATUK LEE CHONG WEI  pun belajar bagaimana nak jadi pemain terhandal dalam badminton, dengan usaha beliau akhirnya beliau berjaya mengharumkan nama MALAYSIA. jadinya, dalam kehidupan ni kita kena banyak bersabar dan tidak pernah berputus asa untuk mencapai kejayaan , kalau kita takde sifat sabar macam mana lah kita nak berjaya kelak? cuba fikir fikir balik . renungkan setiap kegagalan kita dan fikir balik apa yang patut kita buat untuk berjaya? kalau semua penduduk MALAYSIA macam ni,takdelah orang yang berfikiran kolot. 

Jangan jadikan kegagalan sesuatu benda yang boleh buat kita putus asa. thing positive:) bukannya nak gagal dan terus gagal . Tapi tak dinafikan ada jugak orang macam ni, mengalah dalam kehidupan, layak ke kita semua dipanggil manusia kalau macam tu? Manusia yang sentiasa berusaha dan gigih dalam apa jua cabaran yang mendatang adalah manusia yang kuat dan sentiasa mempunyai fikiran yang positif untuk berjaya . Manusia macam ni lah yang kita perlukan dalam hidup ni.

what i can say, teruskan  perjuangan dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Insyaallah , jika kita ada usaha dan diserta dengan doa , pasti kita semua success .okayy lah aku rasa aku nak kena chow dulu ni, sebab aku taknak lepas ni puan harimau mengaum dalam bilik aku ni ( faham-faham je lah eh )

p/s: agak agak lepas ni boleh berubah tak?

lagi sekali :)

assalamualaikum :)
hari ni aku bengang gile, nak tahu sebab apa? sebab aku tak ingat password blog aku yang dulu . actually dah lama aku tak bukaq. hari nak bukaq tetiba tak ingat password pulak. hurmm , terpakse lah buat yang baru , sebab nanti kalau aku nak luahkan perasaan takde tempat kan. so kenalah buat jugak. i hope, ini yang terakhir aku buat . Aku takut nanti banyak sangat account lain pulak jadinya.Nak tahu tak dalam banyak banyak account contohnya facebook, twitter,myspace semuanya satu je account. Cume blog je ntah ada berapa account pun aku tak tahu, tak terkira and semua email dan password aku lupe. Gila tak aku ni ?>>>) jangan marah ehhhh ! Buat sementara waktu ni aku nak edit dulu blog baru ni bagi lawa , kalau tak lawa pun takpelaa asalkan okayy :) asalkan aku okay nanyian awi rafael . hahaha ada ada je aku nikan :) hmmmm, okay laa , nampaknya azan asar dah berkumandang , jadi sampai sini je laa ek:)

p/s: kalau nak nyanyi lagu awi rafael boleh tak ? haha