About Me

My photo
::.Im not perfect, I know that. I make mistakes, I know I do.But I always try my best to do it the best for you.

Tuesday, July 09, 2013

Puasa =)

Assalamualaikum.
"yok yok , siapa tak puasa esok pagi bukak periuk"

hahahaha. dah tiba bulan puasa dah. Masa bergerak amat pantas , tanpa kita sedar masa berlalu pergi meninggalkan kita, kita manusia, ada kalanya sibuk mencuri masa untuk bersenang lenang, dan kita membiarkan masa itu berjalan tanpa kita peduli yang ianya amat penting untuk kita. Kita selalu lalai, lalai dalam segala benda dan hal. Kita selalu membazirkan waktu kita dengan benda yang sia sia, apapun, masa yang berlalu selama ini, sudah tidak boleh diulang lagi, kalau masa boleh diulang lagi, memang manusia takkan melakukan kesilapan dan ingin memperbetulkan kekhilafan diri kita sendiri. Syok sangat bercerita tentang masa,aku pun dah lupa apa yang aku nak tulis hari ini.

Hari ini hari selasa , bersamaan dengan 30 saa'ban , dah tiba penghujung saa'ban , sekarang tibalah masa untuk kita menemui bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan berkat, bulan yang rasul kita nanti nanti kan, rasullah s.w.t sangat suka akan bulan ramadhan. Yang mana, bulan inilah bulan yang boleh menginsafi dan menjauhkan kita daripada perbuatan maksiat dan elok kita memperbanyakkan perbuatan yang boleh membawa kita ke syurga. Ramadhan mengajar kita erti kesabaran dan mengajar kita bagaimana orang miskin yang hidup susah dan tidak makan. Kadangkala kita sebagai orang yang mampu untuk memiliki segalanya , lupa kepada mereka. Mereka yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Ramadhan inilah kita belajar erti kesusahan hidup yang dibenggu kemiskinan. udah udah , terlalu banyak sangat membebel inilah jadinya. hehehehe

PUASA

puasa? hmm. budak budak kecik macam aku dulu dulu , selalu tanya mama abah aku pasal puasa bile time puasa, kadang kadang jenuh mereka nak melayan soalan aku tu. hehe. budak budak selalu kalau nak disuruh puasa selalu kena umpan dengan duit baru diorang puasa, " siapa puasa sehari dapat rm 1.00 " kalau zaman zaman aku, memanglah suka dan happy , tapi budak budak sekarang? hah? jangan bezakanlah, aku rasa lebih kot yang mak ayah dorang janjikan ,rite? biaselah zaman dah berubah, orang semua dah kaya kaya. Teringat masa zaman aku puasa dulu , kalau flashback balik kelakar rasanya. ialah budak kecik mne dia tahu apa kan? Nak tahu tak , aku pernah minum air paip sebab dah tak tahan sangat, orang puasa kan? nampak airi longkang pun dia dah terasa nak minum apatah lagi air paip kan? hahahaha. waktu tu takde akal matang sangat , so apa yang ada depan mata bedal jelah , aku ada antara kite ni , pernah buat macam tu kan,semua orang ada pengalaman sendiri kan. Tapi ada satu kes , tapi bukan aku adik aku , agaknya dah lama dia tak rasa nikmat puasa, padahal pagi pagi dia dah sahur tu , esoknya adik aku ni pergi bukak peti ais, cari makanan , kau tak terasa pelik ke, selamba je dia bawak makanan tu pergi tempat main game, mama aku nampak " angah, kau tak puasa ke" terus dia terperanjat " ya allah , ma angah tak ingat yang hari ni puasa" dia jawab macam tu , dia memang terlupa masa tu dia tengah puasa, apa lagi satu family aku gelakkan dia, sejak kes tu, kalau time puasa aku selalu usik dia" angah hari ni , kau ingat tak yang kau puasa " itulah ayat yang selalu aku usik dia. Nak dijadikan moral, jangan tidur selepas sahur, sebab nanti kita bangn esok pagi , kita akan cari breakfast, ialah kita kan dah selalu breakfast lepas bangun tidur kan?hahahaha.


Tahun ini , aku nak berazam aku nak penuhkan hari hari puasa aku dengan perkara yang berfaedah, even benda tu aku tak pernah buat , tahun ni aku akan cube buat. insyaallah. Tahun ni, aku berpuasa di tempat yang lain , maksud aku sekolah lah , dulu aku suasana puasa aku di STPM , ya allah rindunya kawan kawan di sana , even aku dah lama tak contact korang , tapi korang selalu ada di hati aku. i miss you all. Suasana puasa aku tahun ni di SMTM , hope aku boleh jalani puasa dengan baik. yelah kita dah biasa dengan suasana lama, tetiba tukar suasana lain pulak kan? takpe, inilah namanya pengalaman , kalau takde pengalaman , hidup ini tak bererti , sebab kita takkan rasakan kehidupan yang sebenar. Apapun, hari ni hari pertama puasa, biasenya hari pertamalah banyak ragamnya sebab baru nak mulakan , so enjoy your fasting kayy, hope hari ni berjalan dengan lancar , jangan ada yang ponteng sudah. Sebelum tu masih belum terlambat untuk aku ucap " SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK"  SEMOGA BULAN INI MENJADI BULAN YANG PENUH BERMAKNA BAGI KORANG :D

p/s: puasa puasa jugak , tapi jangan lupa solat tau , even kita penat , kita kena juga solat kayy ,dan jangan   lupa kepada perkara perkara yang membatalkan puasa, kalau tidak habiss puasa korang =)


No comments:

Post a Comment