About Me

My photo
::.Im not perfect, I know that. I make mistakes, I know I do.But I always try my best to do it the best for you.

Tuesday, July 23, 2013

Terbabas

Assalamualaikum 
malam ni aku duduk terconggok dekat depan laptop ni sambil jari jemariku laju menulis perkataan perkataan untuk aku menulis entry baru pada hari ni , wahh , dah macam menulis karangan bahasa melayu dah .aku dah merepek pagi pagi buta ni , apa nak buat ni , aku bosan , so aku amik keputusan untuk menulis entry baru. Sebenarnya ada seseuatu yang berlaku pada diri aku hari ni dan ini adalah pengalaman aku yang paling sedih , korang tengok tajuk entry aku kat atas sana , nak tahu aku terbabas apa? mehh aku cerita .
                                                                   
 Btw , petang tadi aku dah tertidur sampai aku tak pergi rombongan buka puasa dekat masjid selat dengan mentor menti aku. huaaaaahhaaaaaaa :( rasa macam nak melalak dan menangis jew, kalau lah aku boleh ulang balik masa aku takkan tidur punya . Janji nak datang sekolah sebelum pukul 6.00 petang , tapi aku dah terbabas tidur sampai pukul 6.10 minit , confirm lah bas dah pergi meninggalkan aku keseorang di rumah. Aku sedar sedar aku terus tengok jam , " ya allah dah pukul 6.10 , aduh macam mana ni , mesti cikgu marah aku " . Masa itu aku dah tak pikir apa , yang aku pikir cuma nak cari phone aku then call cikgu , aku takut diorang semua tunggu aku , banyak kali aku try call , tapi tak dapat , dan last kali pangglilan yang ke berapa aku tak ingat , alhamdulilah cikgu angkat jugak call aku.

 " cikgu sowi cikgu , saya tak dapat pergi , saya terbabas tidur cikgu . cikgu dah pergi belum ?" soalan itulah yang muncul keluar di mulut aku . Nak tahu cikgu cakap apa? "ini siapa? " pehh , bukan cikgu nak jawab soalan aku , cikgu pulak yang tanya aku soalan , tapi memang salah aku pun . Sebab aku tak kenalkan diri aku siapa , petang tadi first time aku call cikgu . " ni wani azami cikgu , cikgu dah pergi belum ? " soalan yang sama aku tanya setelah aku menjawab soalan cikgu . " ya allah wani , aah , cikgu dah gerak dah ni , on the way " jawab cikgu , cikgu agak terkejut aku call dia . Perasaan aku dah lega , nasib baik cikgu tak tunggu , kalau tak confirm ramai bebudak yang marah aku. " cikgu , saya terbabas tidur tadi " keluhku . gelak tawa cikgu . cikgu ni , aku tengah sedih dia gelak pulak ! damm damm damm. " takpelah takde rezeki , nanti cikgu bawak kamu pergi tempat lain kay . Tapi ni kamu ada kat mana ni ? " tanya cikgu . " saya masih kat rumah ni lagi " jawab ku. " nasib baik kamu kat rumah lagi , kalau kamu dah sampai sekolah , takde siapalah kat sekolah tu " kata cikgu . 

Selesai bicara aku bersama cikgu Raha , aku terus naik atas , fikir balik , haii kenapalah aku boleh tak sedar , padahal, bibik aku kata dia dah kejut aku pukul 5.30 dah , aku boleh tak bangun time tu kan. Hmmm , memang kita yang merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Aku memang agak terkilan dan sedih sebab tak dapat pergi , tapi mungkin semua ni ada hikmahnya atau mungkin kalau aku pergi ada sesuatu benda yang tak baik berlaku pada aku kot. Kita tak tahu apa yang bakal jadi pada diri kita kan? so apa pun benda dah lepas kan? aku redha jelah. even aku sedih macam mana sekalipun , masa itu tak mungkin berulang lagi .

Semua orang dalam rumah tak berani tegur aku , akhirnya aku yang bukak mulut baru mereka bercakap dengan aku , sebab semua orang tahu mood aku tak baik , tapi yang paling kesiannya bibik aku lah yang kena marah dnegan aku , sebab dia tak kejut aku , padahal dia dah kejut dah , aku je yang liat nak bangun. kesian bibik . takpe bik , nanti wani belanja bibik makan aiskrim nak ? hahaha . nak tahu tak, aku nak mintak kebenaran abah aku keluar , pehh memang lama , kena pujuk baru dia kasi , alasannya , jauh lah , abah aku kalau bab bab macam ni , memang dia susah nak lepaskan anak anak dia keluar dari rumah . Last last apa yang aku dapat? itulah orang kata , kalau seseorang itu tak ikhlas , memang benda yang kita nak buat takkan terjadi dengan sempurna . Abah aku layan aku baik masa berbuka tadi =) happy mabye abah aku tahu aku tengah sedih , so dia layan aku baik . hehehe . manja .takpelah , asalkan aku dapat berbuka. Lagipun orang tua tua kata , berbuka di rumah bersama dengan keluarga adalah lebih afdal. katanya .

Takpe aku terima dan redha dengan apa yang jadi pada aku hari ini , but ,  i miss part to iftar with my crush , hari ni sepatutnya aku boleh jumpa dia . tapi apakan daya ku untuk mengulangi masa itu . hmmmm . huaahaaaaaaa :( Dah lah aku amik surat pelepasan keluar dia , opss, bukan aku yang amik tapi dia yang kasi aku  , hehehe .Cerita dia macam ni ,wahh , ini dah masuk cerita kedua dah ni. :D. Cikgu suruh dia agihkan surat tu kepada menti menti . Kebetulan semalam masa rehat aku nampak dia macam tercari someone kat belakang kelas , aku cakap gan kawan aku " weyy , jom teman aku jumpa dia , aku rasa dia nak bagi aku surat pelepasan keluar tu , sebab aku nampak dia pegang kertas " aku pun pergilah , alih alih dia lari balik masuk kelas dia . Aku hairan lah ,
" apahal lah mamat ni lari "
aku cakap kat kawan aku , weyy dia dah blah lah , takpelah nanti balik aku mintak cikgu jelah , Lepas masa itu kita orang belajar macam biase . Time balik , kawan aku tanya " wani , kau nak jumpa ___ tak? kalau nak aku panggilkan ?' kawan aku tnya. Dalam hati " kalau dia dah offer aku okaykan jelah , kalau nak tunggu aku bukak mulut sampai bila bila aku takkan bukak mulut untuk bercakap dengan dia . Then kitaorang pun pergilah , masa tu ___ tengah tidur , kawan aku ni jerit nama dia , kira macam kejut lah tu , aku buat apa? aku macam biaselah memusingkan badan dan kepala aku 90 darjah ke tempat lain . Dia bangun , ___, mana surat tu , wani nak? " " surat? dia macam mamai , lepas tu dia jawab balik " ohh surat , dah kasi akak form 5 lah " dia jawab , aku pun pelik , apasal lah dia tak bagi aku dulu , kalau tak senang kerja . Aku cakap gan kawan aku , " weyy , takpelah aku pergi mintak cikgu jelah " dia pun okey kan jelah . Kebetulan masa itu , aku tengah tunggu kawan aku , tetiba kawan aku yang tadi panggil aku " wani , ni hah si ___ panggil kau " kawan aku serahkan suart tu kat aku , rupa rupanya dia amik surat dia , pastu dia bagi aku . TERHARU KAYY . muka blushingg . aku nak ucap terima kasih kat dia , tapi suara aku tak terkeluar , so aku amik keputusan untuk berambus dari situ . aku pesan je kat kawan aku sowoh cakap terima kasih kat dia . hah , macam itulah cerita nya .

Apapun , aku redha dengan apa yang berlaku , semua yang Allah tetapkan , ada sebabnya kan? apa aku boleh cakap kat sini ,

"thing that's done do not remember, we have to make it a good lesson and example for us so we do not need to repeat that mistake again."
Mata aku ini sudah mahu diminta untuk tutup , so sampai sini jelah aku boleh cerita ,nak tunggu entry baru , berbulan baru aku tulis. hehehe . selamat malam . opps . dah pagi dah . xoxo.

p/s: lepas ni ,walau macam mana pun aku ngantok aku takkan tidur, kalau ada event macam ni , sebab aku         taknak perkara yang sama berulang lagi .

No comments:

Post a Comment