About Me

My photo
::.Im not perfect, I know that. I make mistakes, I know I do.But I always try my best to do it the best for you.

Friday, August 09, 2013

Syawal =)

Assalamualaikum ,
salam satu syawal semua ? yeah , hari ini dah raya .
Mesti hari ni korang happy kan , ehh ehh , korang bukan start happy hari ni tapi lepas cuti sekolah hari tu dah happy dah , dan hari ni adalah satu syawal , maksudnya hari raya  . Sebelum aku terlambat , aku nak ucap " selamat hari raya" kepada semua umat islam tidak kira di mana sahaja mereka berada. hah? itu bermakna ramadhan telah pergi meninggalkan kita pada tahun ini , tahun 2013. Sekejap je kan, pejam celik pejam celik dah raya . Padahal masa awal puasa dulu , rasanya macam lambat je , tapi bila kita dah biasa dengan suasana ia , ia sudah pun mahu berakhir, hope tahun depan kita dapat bertemu lagi ya ramadhan . Dah takde dah solat terawih , suhur , berbuka , pergi bazar ramadhan , hmmm :( 


Dan hari ini adalah hari kemenangan bagi umat islam yang telah berpuasa selama sebulan. Tapi siapa yang tak puasa, tak boleh raya , hahaha except for girl , aceh acheehh . main main jelah , setiap umat islam berhak meraikan hari raya tidak kira miskin , kaya , cacat , banduan ataupun lain lain , semuanya berhak okayy . Apatah lagi dengan orang cina dan india , mereka juga boleh meraikan hari raya bersama kita supaya kita dapat mengeratkan silaturahim sesama kaum di malaysia . haisshhh , aku ni dah macam tulis karangan je , mesti korang menyampah kan? entah apa apa lah yang aku tulis ni . Apapun aku happy sangat hari ini , even pagi tadi banyak benda yang tidak diigini berlaku tapi aku tetap happy dengan suasana hari ini . 

Hari raya kan? siapa je yang tak happy , nak nak lagi budak budak , mencicit lah diorang pergi mntak duit raya kat sanak saudara , bukan nya nak mintak maaf , duit juga yang diharapkan . hehe . aku pun sama je . so, ada rasa macam nak lempang aku tak? okay close close . Ramai orang tanya aku , " weyy , kau beraya kat mana ? " aku jawablah " aku raya kat melaka je  " dengan muka sedih , aku ni manalah ada kampung jauh jauh , sperti perak , terengganu or lain lain negeri , kampung ku hanya di melaka sahaja . Teringin jugak nak beraya jauh jauh ni , tapi nak buat macam kan? tunggulah nanti bila aku dah besar nanti, nak cari pasangan yang jauh jauh , tak nak cari yang di melaka , sebab ? ye , memanglah jodoh ditangan tuhan , tapi tak salah kan kalau kita merancang lebih awal.. Tapi kalau dah jodoh aku dengan orang melaka pun aku redha jelah , tapi aku akan usahakan untuk tidak mencari orang area area melaka. hehe . cara aku cakap ni , macam besok pulak aku nak pi cari bakal suami . hahaha

Duit Raya ----> OMG aku memang frust sangat sangat , tahun ni paling menyayat hati sebab duit raya skt , huaahaaaaaaaa. aduh target main tinggi tapi hmm , takpelah , mabye tahun ni tak ramai sedara aku ada, dan ada yang dah turun harga duit raya , aku harapkan duit raya yang abah aku kasi sahaja . Kadang kadang teringat zaman dulu , kalau dalam sampul ada rm1 pun dah happy , tapi budak budak sekrang semua mengharap duit merah , duit hijau . seringgit?haha. dah tak main dah . apa class seringgit kan? ehh , tapi kalau kumpul banyak banyak lama lama jadi banyak . hahaha . apapun aku kena jugak bersyukur dengan apa yang telah diterima . alhamdulilah . nanti aku dah kerja aku lah pulak yang kena bagi duit raya . adushhh . sebab tu nikmat nya jadi budak sekolah , sebab boleh dapat duit rata biarpun sikit . hehe

Raya kali ini tak meriah sangat , sebab adik suadara aku masih lagi koma kerana dia ada barah otak , dah berapa kali kepala dia kena bukak sebab nak buang kan ketumbuhan kat kepala dia .Sekarang dia masih lagi di hospital kuala lumpur . hmmm . Nur Adriana cepatlah sembuh . kesian kat mama dan papa awak sayang . Aku harap dia dapat menikmati kehidupan lagi , mak ngah dan pakngah langsung tak ceria , sebab doktor kata harapan untuk dia sembuh amat tipis . tapi pakngah aku tetap berharap sangat yang anak dia dapat sembuh . apapun aku doakan . semoga Nur Adriana sihat dan kembali pulih . amin.


Aku rasa sampai sini aja aku tulis , sebab dah kekosongan idea kayy , tapi aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN  yaaa ibu dan bapak sekalian ya. Kalau ada salah dan silap terhadap diri ini harap dimaafkan , semoga raya kali ini menjanjikan seribu satu makna bagi kita semua :D

p/s: perut aku dah tak boleh menerima makanan hari raya , sebab pergi saja rumah sana sini, 
      sama je hidangan dia,cubalah bagi nasi ke,ayam masak merah ke ? hehehehe



My beloved family <3 

Tuesday, July 23, 2013

Terbabas

Assalamualaikum 
malam ni aku duduk terconggok dekat depan laptop ni sambil jari jemariku laju menulis perkataan perkataan untuk aku menulis entry baru pada hari ni , wahh , dah macam menulis karangan bahasa melayu dah .aku dah merepek pagi pagi buta ni , apa nak buat ni , aku bosan , so aku amik keputusan untuk menulis entry baru. Sebenarnya ada seseuatu yang berlaku pada diri aku hari ni dan ini adalah pengalaman aku yang paling sedih , korang tengok tajuk entry aku kat atas sana , nak tahu aku terbabas apa? mehh aku cerita .
                                                                   
 Btw , petang tadi aku dah tertidur sampai aku tak pergi rombongan buka puasa dekat masjid selat dengan mentor menti aku. huaaaaahhaaaaaaa :( rasa macam nak melalak dan menangis jew, kalau lah aku boleh ulang balik masa aku takkan tidur punya . Janji nak datang sekolah sebelum pukul 6.00 petang , tapi aku dah terbabas tidur sampai pukul 6.10 minit , confirm lah bas dah pergi meninggalkan aku keseorang di rumah. Aku sedar sedar aku terus tengok jam , " ya allah dah pukul 6.10 , aduh macam mana ni , mesti cikgu marah aku " . Masa itu aku dah tak pikir apa , yang aku pikir cuma nak cari phone aku then call cikgu , aku takut diorang semua tunggu aku , banyak kali aku try call , tapi tak dapat , dan last kali pangglilan yang ke berapa aku tak ingat , alhamdulilah cikgu angkat jugak call aku.

 " cikgu sowi cikgu , saya tak dapat pergi , saya terbabas tidur cikgu . cikgu dah pergi belum ?" soalan itulah yang muncul keluar di mulut aku . Nak tahu cikgu cakap apa? "ini siapa? " pehh , bukan cikgu nak jawab soalan aku , cikgu pulak yang tanya aku soalan , tapi memang salah aku pun . Sebab aku tak kenalkan diri aku siapa , petang tadi first time aku call cikgu . " ni wani azami cikgu , cikgu dah pergi belum ? " soalan yang sama aku tanya setelah aku menjawab soalan cikgu . " ya allah wani , aah , cikgu dah gerak dah ni , on the way " jawab cikgu , cikgu agak terkejut aku call dia . Perasaan aku dah lega , nasib baik cikgu tak tunggu , kalau tak confirm ramai bebudak yang marah aku. " cikgu , saya terbabas tidur tadi " keluhku . gelak tawa cikgu . cikgu ni , aku tengah sedih dia gelak pulak ! damm damm damm. " takpelah takde rezeki , nanti cikgu bawak kamu pergi tempat lain kay . Tapi ni kamu ada kat mana ni ? " tanya cikgu . " saya masih kat rumah ni lagi " jawab ku. " nasib baik kamu kat rumah lagi , kalau kamu dah sampai sekolah , takde siapalah kat sekolah tu " kata cikgu . 

Selesai bicara aku bersama cikgu Raha , aku terus naik atas , fikir balik , haii kenapalah aku boleh tak sedar , padahal, bibik aku kata dia dah kejut aku pukul 5.30 dah , aku boleh tak bangun time tu kan. Hmmm , memang kita yang merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Aku memang agak terkilan dan sedih sebab tak dapat pergi , tapi mungkin semua ni ada hikmahnya atau mungkin kalau aku pergi ada sesuatu benda yang tak baik berlaku pada aku kot. Kita tak tahu apa yang bakal jadi pada diri kita kan? so apa pun benda dah lepas kan? aku redha jelah. even aku sedih macam mana sekalipun , masa itu tak mungkin berulang lagi .

Semua orang dalam rumah tak berani tegur aku , akhirnya aku yang bukak mulut baru mereka bercakap dengan aku , sebab semua orang tahu mood aku tak baik , tapi yang paling kesiannya bibik aku lah yang kena marah dnegan aku , sebab dia tak kejut aku , padahal dia dah kejut dah , aku je yang liat nak bangun. kesian bibik . takpe bik , nanti wani belanja bibik makan aiskrim nak ? hahaha . nak tahu tak, aku nak mintak kebenaran abah aku keluar , pehh memang lama , kena pujuk baru dia kasi , alasannya , jauh lah , abah aku kalau bab bab macam ni , memang dia susah nak lepaskan anak anak dia keluar dari rumah . Last last apa yang aku dapat? itulah orang kata , kalau seseorang itu tak ikhlas , memang benda yang kita nak buat takkan terjadi dengan sempurna . Abah aku layan aku baik masa berbuka tadi =) happy mabye abah aku tahu aku tengah sedih , so dia layan aku baik . hehehe . manja .takpelah , asalkan aku dapat berbuka. Lagipun orang tua tua kata , berbuka di rumah bersama dengan keluarga adalah lebih afdal. katanya .

Takpe aku terima dan redha dengan apa yang jadi pada aku hari ini , but ,  i miss part to iftar with my crush , hari ni sepatutnya aku boleh jumpa dia . tapi apakan daya ku untuk mengulangi masa itu . hmmmm . huaahaaaaaaa :( Dah lah aku amik surat pelepasan keluar dia , opss, bukan aku yang amik tapi dia yang kasi aku  , hehehe .Cerita dia macam ni ,wahh , ini dah masuk cerita kedua dah ni. :D. Cikgu suruh dia agihkan surat tu kepada menti menti . Kebetulan semalam masa rehat aku nampak dia macam tercari someone kat belakang kelas , aku cakap gan kawan aku " weyy , jom teman aku jumpa dia , aku rasa dia nak bagi aku surat pelepasan keluar tu , sebab aku nampak dia pegang kertas " aku pun pergilah , alih alih dia lari balik masuk kelas dia . Aku hairan lah ,
" apahal lah mamat ni lari "
aku cakap kat kawan aku , weyy dia dah blah lah , takpelah nanti balik aku mintak cikgu jelah , Lepas masa itu kita orang belajar macam biase . Time balik , kawan aku tanya " wani , kau nak jumpa ___ tak? kalau nak aku panggilkan ?' kawan aku tnya. Dalam hati " kalau dia dah offer aku okaykan jelah , kalau nak tunggu aku bukak mulut sampai bila bila aku takkan bukak mulut untuk bercakap dengan dia . Then kitaorang pun pergilah , masa tu ___ tengah tidur , kawan aku ni jerit nama dia , kira macam kejut lah tu , aku buat apa? aku macam biaselah memusingkan badan dan kepala aku 90 darjah ke tempat lain . Dia bangun , ___, mana surat tu , wani nak? " " surat? dia macam mamai , lepas tu dia jawab balik " ohh surat , dah kasi akak form 5 lah " dia jawab , aku pun pelik , apasal lah dia tak bagi aku dulu , kalau tak senang kerja . Aku cakap gan kawan aku , " weyy , takpelah aku pergi mintak cikgu jelah " dia pun okey kan jelah . Kebetulan masa itu , aku tengah tunggu kawan aku , tetiba kawan aku yang tadi panggil aku " wani , ni hah si ___ panggil kau " kawan aku serahkan suart tu kat aku , rupa rupanya dia amik surat dia , pastu dia bagi aku . TERHARU KAYY . muka blushingg . aku nak ucap terima kasih kat dia , tapi suara aku tak terkeluar , so aku amik keputusan untuk berambus dari situ . aku pesan je kat kawan aku sowoh cakap terima kasih kat dia . hah , macam itulah cerita nya .

Apapun , aku redha dengan apa yang berlaku , semua yang Allah tetapkan , ada sebabnya kan? apa aku boleh cakap kat sini ,

"thing that's done do not remember, we have to make it a good lesson and example for us so we do not need to repeat that mistake again."
Mata aku ini sudah mahu diminta untuk tutup , so sampai sini jelah aku boleh cerita ,nak tunggu entry baru , berbulan baru aku tulis. hehehe . selamat malam . opps . dah pagi dah . xoxo.

p/s: lepas ni ,walau macam mana pun aku ngantok aku takkan tidur, kalau ada event macam ni , sebab aku         taknak perkara yang sama berulang lagi .

Tuesday, July 09, 2013

Puasa =)

Assalamualaikum.
"yok yok , siapa tak puasa esok pagi bukak periuk"

hahahaha. dah tiba bulan puasa dah. Masa bergerak amat pantas , tanpa kita sedar masa berlalu pergi meninggalkan kita, kita manusia, ada kalanya sibuk mencuri masa untuk bersenang lenang, dan kita membiarkan masa itu berjalan tanpa kita peduli yang ianya amat penting untuk kita. Kita selalu lalai, lalai dalam segala benda dan hal. Kita selalu membazirkan waktu kita dengan benda yang sia sia, apapun, masa yang berlalu selama ini, sudah tidak boleh diulang lagi, kalau masa boleh diulang lagi, memang manusia takkan melakukan kesilapan dan ingin memperbetulkan kekhilafan diri kita sendiri. Syok sangat bercerita tentang masa,aku pun dah lupa apa yang aku nak tulis hari ini.

Hari ini hari selasa , bersamaan dengan 30 saa'ban , dah tiba penghujung saa'ban , sekarang tibalah masa untuk kita menemui bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan berkat, bulan yang rasul kita nanti nanti kan, rasullah s.w.t sangat suka akan bulan ramadhan. Yang mana, bulan inilah bulan yang boleh menginsafi dan menjauhkan kita daripada perbuatan maksiat dan elok kita memperbanyakkan perbuatan yang boleh membawa kita ke syurga. Ramadhan mengajar kita erti kesabaran dan mengajar kita bagaimana orang miskin yang hidup susah dan tidak makan. Kadangkala kita sebagai orang yang mampu untuk memiliki segalanya , lupa kepada mereka. Mereka yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Ramadhan inilah kita belajar erti kesusahan hidup yang dibenggu kemiskinan. udah udah , terlalu banyak sangat membebel inilah jadinya. hehehehe

PUASA

puasa? hmm. budak budak kecik macam aku dulu dulu , selalu tanya mama abah aku pasal puasa bile time puasa, kadang kadang jenuh mereka nak melayan soalan aku tu. hehe. budak budak selalu kalau nak disuruh puasa selalu kena umpan dengan duit baru diorang puasa, " siapa puasa sehari dapat rm 1.00 " kalau zaman zaman aku, memanglah suka dan happy , tapi budak budak sekarang? hah? jangan bezakanlah, aku rasa lebih kot yang mak ayah dorang janjikan ,rite? biaselah zaman dah berubah, orang semua dah kaya kaya. Teringat masa zaman aku puasa dulu , kalau flashback balik kelakar rasanya. ialah budak kecik mne dia tahu apa kan? Nak tahu tak , aku pernah minum air paip sebab dah tak tahan sangat, orang puasa kan? nampak airi longkang pun dia dah terasa nak minum apatah lagi air paip kan? hahahaha. waktu tu takde akal matang sangat , so apa yang ada depan mata bedal jelah , aku ada antara kite ni , pernah buat macam tu kan,semua orang ada pengalaman sendiri kan. Tapi ada satu kes , tapi bukan aku adik aku , agaknya dah lama dia tak rasa nikmat puasa, padahal pagi pagi dia dah sahur tu , esoknya adik aku ni pergi bukak peti ais, cari makanan , kau tak terasa pelik ke, selamba je dia bawak makanan tu pergi tempat main game, mama aku nampak " angah, kau tak puasa ke" terus dia terperanjat " ya allah , ma angah tak ingat yang hari ni puasa" dia jawab macam tu , dia memang terlupa masa tu dia tengah puasa, apa lagi satu family aku gelakkan dia, sejak kes tu, kalau time puasa aku selalu usik dia" angah hari ni , kau ingat tak yang kau puasa " itulah ayat yang selalu aku usik dia. Nak dijadikan moral, jangan tidur selepas sahur, sebab nanti kita bangn esok pagi , kita akan cari breakfast, ialah kita kan dah selalu breakfast lepas bangun tidur kan?hahahaha.


Tahun ini , aku nak berazam aku nak penuhkan hari hari puasa aku dengan perkara yang berfaedah, even benda tu aku tak pernah buat , tahun ni aku akan cube buat. insyaallah. Tahun ni, aku berpuasa di tempat yang lain , maksud aku sekolah lah , dulu aku suasana puasa aku di STPM , ya allah rindunya kawan kawan di sana , even aku dah lama tak contact korang , tapi korang selalu ada di hati aku. i miss you all. Suasana puasa aku tahun ni di SMTM , hope aku boleh jalani puasa dengan baik. yelah kita dah biasa dengan suasana lama, tetiba tukar suasana lain pulak kan? takpe, inilah namanya pengalaman , kalau takde pengalaman , hidup ini tak bererti , sebab kita takkan rasakan kehidupan yang sebenar. Apapun, hari ni hari pertama puasa, biasenya hari pertamalah banyak ragamnya sebab baru nak mulakan , so enjoy your fasting kayy, hope hari ni berjalan dengan lancar , jangan ada yang ponteng sudah. Sebelum tu masih belum terlambat untuk aku ucap " SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK"  SEMOGA BULAN INI MENJADI BULAN YANG PENUH BERMAKNA BAGI KORANG :D

p/s: puasa puasa jugak , tapi jangan lupa solat tau , even kita penat , kita kena juga solat kayy ,dan jangan   lupa kepada perkara perkara yang membatalkan puasa, kalau tidak habiss puasa korang =)


Friday, June 28, 2013

mesir part I

Assalamualaikum
tahu tak sekarang ini pukul berapa? hah ? nak tahu ? mehh sini aku cakap sekarang ini pukul 5.38 pagi , aku dok menulis blog pagi pagi buta ni kan dah kenapa. sebenarnya aku tak boleh tidur lah hari ini , hmm , aku langsung tak rasa mengantok , even selalunya aku dah terbongkang tidur atas katil, mabye aku rasa lain macam sebab aku baru sampai MALAYSIA hari ini . Malaysia im back today :D rindu nya kau wahai tanah air , dan mungkin sebab berpindah tempat jadi itu yang aku tak boleh tidur . okay okay back to our story. 


Aku baru balik dari buat umrah , alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan terkawal ( ceh ceh , macam ayat bahasa bahasa melayu betul ) . Selama 16 hari aku kat sana , lama tak ? mestilah lama . tapi aku tak pergi buat umrah terus , aku pergi mesir dulu , berjalan jalan lepas tu baru pergi mengerjakan umrah , naseb baik lah belum kena niat , aku rasa kalau lah aku dah niat umrah masa itu , confirm berdam dam aku kena bayar.Dalam group kali ini , akulah orang yang paling muda iaitu 16 tahun , yang lain semuanya umur atas dari aku tapi best sebab aku dimanjakan oleh semua orang.  Mesir, nak cerita pasal mesir ni susah lah , sebab mesir kan baru kena kacau bilau baru baru ini, so banyak tempat yang tak dikemaskinikan lagi , pembangunan dia pun tidak terancang . Sampah ? hmm , jangan cakaplah , merata rata tempat ada sampah , aku rasa negara mesir macam dah jadi tempat sampah , memanglah mesir banyak sangat tempat bersejarah , banyak juga tempat tempat aku melawat , tapi yang paling aku suka ialah alexandaria, tempat dia , tak payah cerita lah , memang sangat cantik dan besih , alexandaria ni tempat dia ramai orang jaga , mungkin tempat itu belum berusik lagi , aku rasalah . yang paling aku suka ialah pantai dia , pantai dia ya allah , sesungguhnya kuasa allah itu memang besar , sangat cantik , pelancong ataupun orang tempat itu jadikan pantai sebagai tempat bermandi manda, berkelah , memancing dan lain lain.



inilah gambarnya , sungguh cantik rite ? aku pun terpengun tengok keindahannya . Berbalik pulak kepada cerita cairo ( mesir ) , sesungguhnya pada waktu dahulu , mesir adalah tempat orang dahulu kala mencipta sejarah , terlalu banyak sejarah , ada jugak tempat yang aku tak pergi . Itupun sangat penat , kaki ini kalau boleh bercakap memang dia bercakap kan , bak kata nenek aku , kalau orang muda semua tempat dia pergi , ini orang tua yang cakap , tapi ada jugak orang muda yang tak pergi semua tempat , hehe akulah tu . Dalam suka suka ada jugak benda yang aku takut , yang aku takut ialah peminta sedekah dan penjual , ya allah , memang seksa. Kita cerita pasal peminta sedekah dulu , diorang ni , bukan macam peminta sedekah di malaysia , diorang ni lagi lain macam , sebab dia memang akan kejar dan meminta kepada orang yang berdekatan dengan dia , begitulah jugak dengan penjual , selagi kita tak beli barang dia , selagi itu dia akan terus mengejar kita , dah lah duit sana mahal , pakai dolar dan pound , bayangkan lah , mama aku tukar rm1000 malaysia , hanya dapat rm300 dolar sahaja. tengoklah berapa banyak perbezaan dia . Sebab itu kat mesir kitaorang tak beli barang sangat cume aku beli minyak wangi sahaja , sebab minyak wangi sana pior , maksudnya memang asal dari ladang gitu . duit selebihnya digunakan utk membeli topap pakngah  aku , air , dan makanan . Cukuplah untuk menampung kehidupan kami selama 4 hari di sana .

Apabila cerita bab makanannya ,huissshhhh , memang memang memang kurang sedap , bukan aku taknak bersyukur tapi makanan dia memang tak kena dengan tekak orang melayu kita , kalau orang dia memanglah dia kata sedap . huh , terseksa jugak dengan makanan situ , tapi nak buat macam mana orang dah sediakan , telan lah jugak , kalau kebulur lagi teruk kan? so baik makan. sampai je madinah , terus dapat makanan melayu ada pedasnya , ada manis nya , ada masinya biarpun orang endon yg masak. tahu tak kat mesir kitaorang langsung tak makan makanan yang pedas, semuanya kuah , kalau ada pun dia bagi black pepper :( hmmm . 

okaylah aku rasa kepala aku dah semakin senget mengadap benda ni , so kita sambung esok je kay , papai . xoxo :D assalamualaikum .

Wednesday, May 08, 2013

perasaan yang terpendam

Assalamualaikum 
hai semua , apa kabar ? aku harap korang semua sihat sihat :D . Dah lama aku tak menulis , rasa rindu pulak dekat blog aku ni . hehe. busy? hah, jangan cakaplah , macam macam benda aku kena buat kerja sekolahlah, khursus lah, tusyen lah, nak nak minggu ni tengah exam , MID YEAR EXAM tau , haha. boleh pulak nak on9 kan? takpelah sekejap je, jap agi aku tutup okay? . 

camna nk luahkan kat seorang lelaki bila kita suka & sayang kat dia takut2 dia tak terima kecewa rasanya takut plak ati tak dapat menerima hakikatnya…????

ni aku nak cerita ni , tadi aku tengah tengok youtube, tetiba ada satu description keluar, tajuk dia " CARA MELUAHKAN SAYANG KEPADA SEORANG LELAKI " aku rasa tertarik dengan tajuk tu, kebetulan perasaan itu yang aku rasa sekarang, sebab aku pun macam tu jugak ! aku pun click lah dekat situ http://zoncinta.com/cara-meluahkan-sayang-pada-seorang-lelaki/  kalau korang rasa tak puas hati click lah dekat link yang aku beri tu yaa. aku bacalah entry tu, tentang luahan hati perempuan yang mempunyai perasaan terhadap seorang lelaki yang dia sayang. 

Bila aku dah baca entry tu, aku rasa macam ada keberanian sedikit, aku ada suka dekat someone ni , budak sekolah aku, aku tak jangka yang perasaan aku terhadap sangat mendalam, hampir setiap hari aku asyik fikir pasal dia, dialah orang yang buat aku jatuh cinta kali ke 2. sebelum ni , aku bercinta , tapi tak sehebat perasaan aku dengan dia . Bila kat sekolah , aku asyik nak tengok muka dia je, tak tahu kenapa. Dia? hmm , dia orang yang biasa je, tak sehensem mana pun, tapi entahlah aku tak tahu , ada satu tarikan pada dia, yang buat aku jatuh sayang kat dia. Aku ada bagitahu kawan aku ni, kawan aku ni satu kelas dengan dia, kawan aku suruh aku luahkan, tapi aku malu, takkan lah perempuan nak luahkan perasaan kat seorang lelaki kan ? macam perigi cari timba pulak. Tapi nak tahu tak kawan aku buat kerja gila, dia pergi cakap aku kirim salam dekat, start from tu, dia asyik tanya kawan aku pasal aku. adakah aku tidak berasa malu?? tapi dia tak cakap siapa identiti aku , cume dia bagi hint je, si dia kena cari sendiri . kau tahu tak? punyalah aku mengelak ,dah lah kelas dia sebelah kelas aku je, setiap kali aku lalu depan kelas dia, aku takkan pandang kelas dia, sebab ? kau tahu sendirilahhhh. akhirnya dia tahu siapa aku, dan aku tak dpt mengelak lagi, sejak itu, aku buat tak tahu je, sebab dia mcm takde respon apa apa, so aku pun diam jela. takkanlah aku nak desak dia kan? itu bukan cara aku. aku takkan paksa orang untuk suka aku. sebab aku sedar diri aku siapa. takkanlah orang macam aku dia akan pilihkan? tapi apabila aku mengelak untuk bertembung dengan dia, masa itu jugak aku bertembung dengan dia, pergi mana mana je , nampak dia . kau tak rasa sakit ke? aku rasa sakit tapi aku hanya biar je perasaan itu, aku dah malas nak fikir apa. 

Tapi cerita aku tak habis lagi tau, sejak akhir akhir ni, dia macam bagi respon , tapi aku tak tahu respon itu baik ataupun tidak , apapun aku takkan mengharap apa apa pun dari dia. Biarlah hanya hati ini yang tahu, betapa aku sayang dekat dia. Biarlah perasaan ini tidak berbalas, aku tak kisah , sebab aku dah biasa rasa sakit . aku teringat kaka sedara aku cakap "nak cari pasangan , cari pasangan yang sayangkan kita ,bukan kita yang sayangkan dia "  . aku pun ada terfikir jugak , kalau kita sahaja yang sayangkan dia , sedangkan dia tak sayangkan kita nak buat apa kan? Anyway , thanks sebab sudi baca luahan hati aku okay .

p/s: perempuan yang kuat takkan cepat mengalah dengan perasaan dia, walau apa pun yang terjadi , dia a  kan tetap jadi seorang yang kuat dan berani di depan orang yang dia sayang , biarpun hati dia terluka ,   asalkan orang yang dia sayang itu bahagia. 

Sunday, April 07, 2013

Assalamualaikum 
selamat sore semua, esok dah sekolah kan? aku rasa cuti minggu ni macam tak cuti je, nak tahu kenapa? sebab satu minggu ni full aku kena datang sekolah. kau tahu tak maksud full tu apa? itu bermakna sabtu dan ahad jugak aku kena datang sekolah tahu tak? sebab ada PKS. nak tahu PKS itu apa? PKS itu kelab koperasi dan pelancongan .hmm. minggu ni ada pelajar dari perak datang melaka. nak tengok keindahan melaka lah katakan . indah ke? itu aku tak tahu tapi apa yang penting sekarang ni aku penat. kalau korang penat tak? mesti penat kan, itulah yang aku rasa sekarang ni. Dah lah tak cukup tidur, tapi yang tak cukup tidur tu salah aku sendiri , sebab asyik nak on9 je. inilah yang jadi pada aku. Esok kat sekolah confirm aku ngantok , mampos rr, nak tahu aku suka nak tidur time apa? time kelas bm dan chemist, memang aku mengantok , yang subjek lain tu takdelah sangat , kalau nak rasa kena baling dengan kerusi try lah buat. hahahaha. itu namanya cari pasal . tapi apakan daya , dah nama pun pelajar sekolah kan, so kenalah berkorban jiwa dan raga. cehh, ayat tak menahan. okay.okay tutup cerita sebab aku nak cerita berkenaan tajuk kat atas tu, kenapa tetiba je menaip yang bukan bukan plak ni? itulah aku, kalau dah menaip memang tak boleh nak berhenti , jadi kau baca jelah apa yang aku tulis tu kay.

CRUSH 
korang tahu tak apa makna benda alah kat atas tu? itu namanya crush , kalau tak reti eja mehh sini ashra ajar eja nak,  C..R..U..S..H . semua orang pernah dengar perkataan ini kan, ataupun korang memang ada sendiri, ramai orang ada crush, dan termasuklah aku. crush adalah orang yang kita minat secara senyap senyap dan kita tak pernah tegur dia, ataupun cakap dengan dia. Jadi kita hanya dapat melihat dari jauh seperti facebook, twitter , gambar2 dia kat instagram, cerita cerita dia kat blog ataupun kalau dia dekat kita contohnya satu sekolah ke, satu taman ke dan sebagainya. aku peliklah kenapa mesti timbul rasa perasaan suka dan sayang kita terhadap seseorang, kadand kadang aku terpikir, buat apa kita nak sibuk sibuk dengan orang yang memang tak kanal kita? kita je yang lebih, tapi disebabkan ada satu perasaan yang telah muncul dalam hati seseorang seperti aku, tapi adakah orang yang kita panggil crush itu, fikir pasal kita,  adakah dia juga mempunyai perasaan sama macam kita , adakah dia mampu menerima kita seadanya, seoalan itulah yang selalu muncul dalam fikiran aku. But it okay, kalau dia dan kita mempunyai perasaan yang sama takpelah, tapi bagi yang tak sama macam mana? laratkah kita nak tengok si dia bahagia dengan orang, bersama dengan orang lain, bercouple dengan orang lain? hah , laratkah kita? mesti sakit hati yang mencucuk cucuk kan? cuba kita dalami dan kita fikir balik, patutkah semua ini berlaku, ataupun kita biarkan je perasaan kita macam tu sahaja. bagi aku, aku dah penat nak hadapi semua ini, aku dah malas nak layan perasaan aku terhadap dia sebab apa nak tahu? sebab aku tahu aku memang takkan dapat bersama dengan dia. aku sedar diri aku siapa. Jadi bagi aku , takpayahlah nak mengharap sangat balasan daripada si dia. tapi kalau korang yang memang suka sama suka tu, luahkan jelah, buat apa simpan lama lama, nanti dikebas orang , padan muka. Memanglah zaman sekarang zaman cinta monyet, tapi tak salah kalau kita berkenal rapat dengan dia, berkawan rapat dengan dia, bukannya aku kata terus couple , haishhh , bukan macam tu, biarlah kita berkawan sahaja. kalau kita dah besar sikit baru kita fikir sama ada nak kekal ataupun cari yang lain. Tak jugak dinafikan yang ada cinta monyet daripada zaman sekolah menengah ataupun sekolah rendah kekal sampai ke jinjang pelamin, tak ramai ke? aku rasa tak ramai. hanya segelintir pasangan sahaja yang dapat kekalkan hubungan sampai ke jinjang pelamin. 

Tapi aku nak nasihat kat sini, tak payahlah kita desprete sangat dengan pakwe or makwe kita, sebab kita tak tahu sama ada hubungan itu kekal ataupun tidak, nanti kalau tetiba berpisah , frust menonggeng kau. itu yang sampai ada yang nak bunuh diri, disebabkan ditinggalkan oleh dek kekasih, apa ni.live must be go on. bukannya kita tak boleh hidup tanpa dia. Lainlah kalau kita memang dah sah dengan dia. Hah itu lain cerita. Apapun yang dah ada makwe or pakwe korang tu, jagalah sebaik mungkin, kalau korang memang dia jadi teman hidup sepanjang hayat, jagalah dia, hormatlah dia, terutamanya yang lelaki ni. Hormat sikit kaum perempuan :) 

p/s: setiap hubungan yang kita jalin pasti ada halangan dan cabaran yang menimpa kita, jadi kita kenalah pandai kawal situasi bukannya terus main terjah je. <3
                                                                                                                               
                                                                                                                                    LOVE ASHRA
                                                                                                                                    


Friday, April 05, 2013

cerita cerita :)

Assalamualaikum.
selamat tengahari semua, apa kabar ? sihat tak? dah makan ke belum? kalau belum ,kita tak sama , sebab aku dah makan, hahaha sakit hati tak? :P jangan marah marah nanti cepat tua , yeaahhh. sekarang kau ada macam nak lempang aku tak? okay okay aku stopp :) apa nak buat hah petang petang macam ni? hmmm aku bosan tau tak, aku bosan, korang faham tak? so itu yang aku update blog ni, tetiba tangan ni rasa macam laju je bergerak . memandangkan aku tengah takde idea ni , aku masukkan jela apa apa cerita yang aku ingat kejap lagi ea? sebab tu tajuk entry kali ni macam tuu . 

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BUKIT PIATU MELAKA. inilah sekolah aku sekrang , tak ramai yang tahu aku pindah sekolah ni, sorok -sorok tuu. Apapun aku dah cuba biasakan diri dalam sekolah ni, nak tahu tak masa mula 2 aku masuk sekolah ni, aku rasa macam nak pindah balik stpm, dan aku nekad kalau mama aku tak kasi tukar, aku nak tukar course pun jadilaa. sebab ada kawan aku kat sana. tapi lama kelamaan , aku dapat jugak biasakan diri, walaupun hati aku masih tak tenteram, aku sentiasa menangis dalam hati, aku takde kawan , dan takde sapa yang aku nak luahkan, nasib baik ada syadat, min , wana, ainul, aina, dan pah. dioranglah tempat aku bercerita, tempat aku meluahkn perasaan aku, tempat aku gelak ketawa dan macam macam lagi. Tapi aku tetap rindu kawan kawan yang dulu <3. tapi nak buat macam mana, takkan aku nak tarik diorang sume masuk sekolah ni kan? setiap hari aku cuba untuk sesuaikan diri dengan suasana baru dan budak budak baru yang ada kat sekolah tu. sikit sikit , aku dah boleh sesuaikan diri kat sekolah tu. even hati aku masih kat stpm, aku tetap kena kuat dan teruskan perjuangan kat sekolah teknik sampai habis SPM a.k.a sijil paling mudah. hahaha. mudah ke? susah aku rasa. tapi walau macam mana pun aku tetap kena belajar dan aku nak buat mama dan abah aku bangga dengan aku, aku nak diorang tahu yang anak diaorang pandai. bukan setakat pandai mengampu, tetapi juga pandai dalam semua aspek termasuklah pelajaran .amin. 

tutup cerita pasal itu, hehehe. sekarang aku nak cerita pasal kelas aku, kelas aku adalah kelas 4a3 a.k.a kelas terkotor. hahaha. tahun ni ramai cikgu dan budak2 anti dengan kelas kitaorang, nak tahu sebab apa? sebab ? hmmm. ntahlah. aku un tak tahu. hehe. btw walaupun macam tu, aku tetap bersyukur sebab dowang semua sudi berkawan dengan aku, dan beri tunjuk aku pada aku, thanks korangg. terutamanya najihah, wani, adila, amalia, opie (kawan sekolah rendah aku) , ezal, fitri, rahman, alia, izzul, nadiana,nina, syahmi a.k.a apok , dan jugak yang lain, yang lain2 tu jarang cakap dengan aku, yang aku sebut ni, selalu jugak borak2 dengan aku, tapi korang tetap kawan aku. amin . aku janji aku nak naikkan nama kelas 4a3 , biar cikgu tak benci, dan budak2 lain tak pandang serong kat kitaorang :) tahun ini tahun streaming, so kelas tahun ni akan kekal sampai tahun depan, kalau korang mesti bosan kan, sebab dua tahun tengok muka orang yang sama kan, tapi nak buat macam manakan? sebab tu la aku nak kelas 4a3 jadi kelas yang terbaekkkkkk, bukan kelas tercorot kayy, tapi kalau dowang tak bagi kerjasama pun tak akan jadi jugak, takpelah kita tengoklah macam mana nanti, insyaallah boleh .

okaylah korang,tangan dah penat nak menaip ini, insyaallah kalau aku ada entry baru yang best best aku akan update kay, selamat menjalani petang anda dengan gembira .